WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
inikah yang dikatakan yakjuj dan makjuj?
Seorang
pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar
eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini
harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”.
Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole
People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata,
“Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka,
tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa
English”.
“Mole
People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk
ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian,
President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
“Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan
perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka
ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000
orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa
mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam
bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk
itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit
perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi
mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki
tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga
seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku
mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang
melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.
“Didapati
bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang
hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber
itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot
yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila
salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap
itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka
mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan
beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari
insiden itu”.
Kaum
Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan
dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya
belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan
bersukaria”, mengikut kata sumber.
“Amat
jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri
memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat
berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya
mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan
yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami
tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam
aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia
moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi
yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari
Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang
terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh
dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan
bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang
memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah
dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa –
telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA
tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima
tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan
informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi
beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang
terdekat”.
Menurut
sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos
ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation
Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin
untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.
Setakat
ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di
kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di
Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S
mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang
kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Teks asal
DARI SURAH AL KAHFI:
Allah
menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu:
“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain.
Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’.
Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami
memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia
pun menempuh suatu jalan.
“Hingga
apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari
terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ
segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa
atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain:
‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab
yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian
dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit
matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat
yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari
(cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian
dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai
antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum
yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain,
sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang
yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan
sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara
mereka?’.
Zulkarnain
berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah
lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat),
agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku
potongan-potongan besi’.
“Hingga
apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu,
berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu
sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku
tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka
mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula)
melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari
Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan
menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat
92 hingga 98).
Demikianlah
secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya,
lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa
Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan
Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan
kiamat..
Post a Comment
Panduan Memberi Komentar
1.Masukan komentar anda
2.Lalu pada kata 'beri komentar sebagai' , pilih account yang anda punya, bagi yang belum mempunyai account pilih Name/url, isi nama anda dan Kosongkan URL atau isi dengan alamat facebook anda(untuk mengetahui alamat facebook anda silahkan login ke facebook dan pilih profile anda, anda dapat melihat alamat Facebook anda di atas, contoh alamat Facebook punya saya http://www.facebook.com/profile.php?id=1823916177
3.dan kemudian Publikasikan
4.Selesai dan anda tinggal menunggu komentar anda muncul
Semoga bermanfa'at.