Penyebab Kuota Cepat Habis Padahal Tidak Dipakai Untuk Mendownload- Jika anda merupakan pengguna Internet
berasaskan tanpa wayar (wireless broadband), sudah pasti anda sudah
maklum dengan perkataan kouta. Hampir setiap pakej wireless broadband menghadkan
penggunaan data maksimum kepada para penggunanya mengikut harga yang
dibayar. Jika kuota telah dihabiskan sebelum tamat billing cycle
kemungkinan yang mungkin timbul adalah akses anda disekat atau kelajuan
Internet anda akan dikurangkan ke satu tahap yang dianggap ‘mustahil’
untuk digunakan. Ini berbeza dengan pengguna yang menggunakan Internet
berasaskan talian tetap (fixed broadband) yang tidak mempunyai had data
tertentu.
Masalah yang sering diutarakan oleh pengguna wireless broadband adalah kuota mereka cepat habis walaupun belum mencapai billing cycle dalam
satu-satu bulan tersebut. Entri ini akan membincangkan tentang
sebab-sebab mengapa kuota Internet boleh habis walaupun pada zahirnya
pengguna tersebut bukanlah individu yang gemar memuat turun fail-fail
besar atau torrent.
Kemungkinan 1: Windows Update Di Set Ke Mod ‘Automatik’
Pengguna sistem operasi Windows sudah
pasti maklum akan fungsi Windows Update, di mana sistem akan memuat
turun fail-fail kritikal (kemaskini) yang diperlukan oleh Windows secara
berkala untuk ia berfungsi secara optimum. Fungsi ini lazimnya disetkan
untuk memuat turun kemaskini secara automatik tanpa sebarang campur
tangan pengguna PC.
Walau bagaimanapun, jika anda seorang pengguna wireless broadband,
fungsi Windows Update ini boleh memakan kuota data anda secara tidak
langsung. Disebabkan ia berfungsi secara belakang tabir, setiap kali
pengguna membuat sambungan ke Internet, Windows Update akan menghubungi server Microsoft
untuk mencari kemaskini terbaru dan memuat turunnya ke PC pengguna
secara automatik. Fail-fail kemaskini ini terdiri dari pelbagai saiz,
dari sekecil-kecil 100kb sehinggalah mencecah 100MB! Secara kumulatif,
bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa untuk Windows Update untuk
menggunakan sehingga 500MB pada setiap bulan, bergantung kepada jumlah
kemaskini yang dikeluarkan oleh pihak Microsoft.
Langkah pencegahan yang boleh diambil
adalah dengan menetapkan Windows Update agar memuat turun kemaskini yang
dipilih oleh anda sendiri. Apabila arahan ini dihidupkan, Windows
Update akan menyenaraikan semua kemaskini yang boleh dimuat turun dan
pengguna boleh memilih sendiri kemaskini yang diingini secara manual.
Untuk mengaktifkan arahan ini, tekan butang START dan di ruangan search,
taip ‘Windows Update’ dan tekan ENTER. Selepas tetingkap Windows Update
dipaparkan, pilih ‘Change Setting’ di sidebar kiri. Tetingkap seperti di bawah ini akan terpapar. Pada ruangan Important Updates, pilih pilihan ‘Check for updates but let me choose whether to download or install them’. Kemudian tekan OK.
Pilihan seperti di atas perlu dilakukan.
Apabila anda membuat sambungan ke
Internet selepas ini, Windows Update tidak akan memuat turun kemaskini
secara automatik, sebaliknya, anda boleh memilih kemaskini yang ingin
dimuat turun. Jika anda mempunyai extra quota to spare anda boleh memilih untuk muat turun fail-fail kemaskini yang besar. Jika tidak, pilihlah fail-fail kemaskini bersaiz kecil.
Kemungkinan 2: YouTube
Anda minat menonton klip video lagu-lagu
jiwang atau tangkap leleh di YouTube hampir setiap hari di waktu
senggang? Jika ya, saya ada berita baik untuk anda. YouTube merupakan
antara penyumbang utama dalam menghabiskan kuota Internet anda. Ini
adalah fakta, bukan auta. Biar saya terangkan.
Apa yang ada di YouTube? Betul, video.
Apakah asalnya video itu? Video adalah gabungan antara gambar dan bunyi
(yang menerbitkan istilah audiovisual). Video adalah koleksi
gambar yang disusun dan dimainkan supaya nampak bergerak (motion-play).
Ditambah dengan kesan bunyi, ini menerangkan mengapa video yang
berdurasi hanya 3 minit boleh menerbitkan saiz sehingga 30MB. Asasnya,
semakin cantik sesuatu video itu, semakin tinggi nisbah saiznya per
minit tayangan.
Asas bagaimana 'streaming' berfungsi.
OK, penerangan tadi adalah fundamental
kepada video. Sekarang kita akan melihat bagaimana cara YouTube
bekerja, bagaimana anda boleh menonton video di YouTube. Konsep YouTube
secara asasnya adalah menggunakan progressive streaming iaitu data video akan dimuat turun secara berperingkat ke PC anda sebelum ia dimainkan.
Lihat perkataan yang saya tebalkan, saya ada sebut muat turun bukan?
Ya, anda sebenarnya muat turun video tersebut ke dalam PC anda setiap
kali anda menonton.
Nanti sekejap, kalau konsepnya muat turun dan tayang, mana pergi video tersebut? Apabila anda menekan butang play di
YouTube, fail video tersebut dipecahkan kepada paket kecil dan dimuat
turun ke dalam PC anda, dan selepas beberapa paket asas telah dimuat
turun (konsep buffering), video tersebut akan mula bergerak dan
pada masa yang sama PC anda terus memuat turun baki paket-paket data
video tersebut sehingga habis durasinya (perhatikan progress bar YouTube,
anda dapat lihat sendiri berapa banyak yang telah dimuat turun). Data
video ini dimuat turun ke PC anda dan disimpan di dalam cache pelayar
web. Selepas anda selesai menonton video tersebut, data tersebut akan
dibuang serta merta secara automatik untuk menjimatkan ruang PC anda.
Berapakah saiz video YouTube? Bergantung
kepada jenis video tersebut (240, 360, 720p/HD) dan secara asasnya,
semakin tinggi jenis/kualiti video tersebut, semakin besar saiznya. Satu
video YouTube standard (240) berdurasi 5 minit boleh memakan secara
purata 10MB kuota Internet anda. Jika anda menonton 3 video sehari
selama 30 hari, maka secara puratanya anda boleh menghabiskan 10MB x 3 x
30 hari = 900MB! Terkejut? Ya, ini adalah fakta.
Sebab itulah kebanyakan ISP (Internet Service Provider) menggalakkan anda menggunakan fixed broadband seperti Streamyx atau UniFi untuk menonton YouTube atau media streaming kerana tiada had kuota dan lebih stabil. Wireless broadband sebenarnya
dicipta untuk penggunaan ringan atau sederhana di luar, dan penggunaan
Internet yang sebenarnya adalah di rumah/pejabat. Wireless broadband adalah pelengkap (complementary) dan bukannya medium utama. Tidak menjadi masalah untuk menggunakan wireless broadband untuk membuat kerja-kerja kritikal tetapi anda perlu sentiasa berwaspada dengan had kuota pakej anda.
Untuk mengatasi masalah cepat habis kuota apabila menonton video di YouTube, langkah berikut boleh diambil,
PERTAMA:
Had kan penggunaan YouTube. Jika anda mempunyai tabiat menonton video
YouTube setiap hari, cuba kurangkan kekerapan menonton kepada 3 kali
seminggu.
KEDUA:
Pilih saiz video yang paling minimum. Berdasarkan pengalaman saya, saiz
360 sudah memadai untuk melihat video dengan jelas. Tidak perlu memilih
sehingga 720p atau 1080p yang sudah tentu memakan lebih banyak kuota
fail.
KETIGA: Dapatkan fixed broadband seperti Streamyx atau UniFi jika mampu, dan gunakan wireless broadband untuk urusan dan kerja-kerja di luar rumah.
Kesimpulan
Terdapat banyak kemungkinan mengapa kuota wireless broadband anda
boleh kehabisan sebelum waktunya, tetapi kemungkinan-kemungkinan yang
dibincangkan di atas merupakan sebab yang popular dan sering berlaku.
Sememangnya, disiplin dan pengurusan dalam penggunaan Internet adalah
perlu jika kita terikat dengan beberapa syarat atau had seperti kuota
penggunaan ataupun kontrak.
Post a Comment
Panduan Memberi Komentar
1.Masukan komentar anda
2.Lalu pada kata 'beri komentar sebagai' , pilih account yang anda punya, bagi yang belum mempunyai account pilih Name/url, isi nama anda dan Kosongkan URL atau isi dengan alamat facebook anda(untuk mengetahui alamat facebook anda silahkan login ke facebook dan pilih profile anda, anda dapat melihat alamat Facebook anda di atas, contoh alamat Facebook punya saya http://www.facebook.com/profile.php?id=1823916177
3.dan kemudian Publikasikan
4.Selesai dan anda tinggal menunggu komentar anda muncul
Semoga bermanfa'at.