Sibusiso Mthembu mengaku dirinya merupakan seorang nabi, malah dia juga turut melukis "Peta Syurga" dan menyatakan bahawa dia pernah mengunjungi 11 buah syurga serta bertemu dengan Tuhan. Amaran keras, artikel di bawah ini adalah laporan daripada negara luar yang sudah terang-terangan sesat dan menyimpang daripada ajaran Islam. Jadikan ia sebagai iktibar dan bukannya sebagai contoh teladan.
Seorang lelaki Afrika Selatan mengaku telah menggambarkan sebuah "peta syurga" di dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu yang berasal dari Mandeni, sebuah kota kecil dekat Durban itu juga mengaku sebagai nabi.
Warga kota itu berduyun-duyun mendatangi rumah lelaki berusia 64 tahun itu untuk melihat peta yang dimaksudkan. Mthembu mengatakan, dia membuatnya setelah empat kali mengunjungi syurga, seperti dipetik daripada akhbar harian Sowetan. Tidak cukup dengan pendedahan itu, dia mengatakan ada 11 syurga dan dia sudah mengunjungi semuanya. Dia bahkan mengaku pernah bertemu Tuhan dalam kunjungan keduanya ke syurga.
"Yesus itu berkulit putih, sedangkan Tuhan itu agak abu-abu. Dan Tuhan itu masih muda," Mthembu menjelaskan. Kisahnya seperti ini, pada 1993 seorang lelaki berkulit putih mendatangi rumahnya dan mengatakan bahawa syurga memerlukannya. Ketika "malaikat" itu kembali setahun kemudian, Mthembu diajak ke syurga.
"Saya diajak ke syurga kelima yang disebut Crista, di situ saya bertemu dengan Yesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy," katanya dalam akhbar harian Sowetan. Dia juga mengatakan Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada akhir Mei 2011 adalah hal yang benar, meskipun sampai hari ini ramalan itu tidak terjadi.

"Sebenarnya apa yang terjadi pada hari
itu adalah pertemuan besar di syurga, yang disebut Il-Banta, untuk
membicarakan perang besar melawan syaitan," terangnya. "Nabi mengatakan
satu hari menurut Tuhan setara dengan 891 tahun, jadi 23 Mei itu
merupakan awal hitungan untuk kiamat," ujar Mthembu.Sejak kembali dari
perjalanan terakhirnya ke syurga pada 2008, Mthembu menggambarkan peta
syurga dan penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia.
"Saya tidak tahu samada mahu percaya atau tidak," kata seorang
pengunjung yang melihat peta syurga di rumah Mthembu.
"Afrika Selatan akan dilupakan sebagai tempat peta syurga pertama dibuat," katanya. Selain membuat peta syurga, Mthembu juga menulis beberapa buku yang menggambarkan perjalanannya ke syurga.
Post a Comment
Panduan Memberi Komentar
1.Masukan komentar anda
2.Lalu pada kata 'beri komentar sebagai' , pilih account yang anda punya, bagi yang belum mempunyai account pilih Name/url, isi nama anda dan Kosongkan URL atau isi dengan alamat facebook anda(untuk mengetahui alamat facebook anda silahkan login ke facebook dan pilih profile anda, anda dapat melihat alamat Facebook anda di atas, contoh alamat Facebook punya saya http://www.facebook.com/profile.php?id=1823916177
3.dan kemudian Publikasikan
4.Selesai dan anda tinggal menunggu komentar anda muncul
Semoga bermanfa'at.